04 August 2013

Adan Atau Celong

Ha kawan-kawan pernah dengar tak perkataan kat atas tu? Mungkin golongan veteran pernah dengar kot, tambah-tambah veteran kat Perlis ni. Cuba angkat tangan berapa ramai pembaca blog ni orang Perlis? hahaha... Ok tak mau bebel panjang dah. Nak tau ke apa tu Adan? Jom tengok gamba dulu


Adan atau Celong

Ha ni la Adan atau Celong. Ada yang penah tengok tak? aku first time tengok benda alah ni. Gamba ni aku ambil dalam Group FB "Republik of AnakPerlis". Memang rare la Adan ni. hahaha... Adan ni sebenarnya ala-ala walker. Mak-mak zaman dulu letak anak depa dalam ni, senang nak buat keja. Budak tu duduk diam-diam kat situ, tak dak la nak kacau mak dia buat keja. Kalau walker sekarang, jenuh kepong gak la. Bergerak merata. Zaman moden ni walker ada roda dan bermacam-macam bentuk. Walker zaman dulu tak ada roda. 

Eh tapi boleh ka Adan ni disama ertikan dengan walker? aku pon tak pasti, tapi menurut sumber, adan ni guna untuk nak bagi anak-anak duduk diam. Konsep lebih kurang walker la kn. Cuma di moden kan sikit ja. Tambah roda. Ntah-ntah mat salleh tu dapat idea dari benda alah ni pa. Tambah roda dah jadi inovatif. hahaha teka je la. Menurut tuan gambar, Adan ni dah berusia 34 tahun dan masih boleh digunakan. Walaweh.. Antik tu.

Dekat Perlis benda ni di panggil Adan atau Celong (ikot kawasan) kat tempat korang panggil apa? ke sama macam aku jugak, first time tengok. Perkataan Adan dan celong pon first time aku dengar. Tu tara lahir kat Perlis. Biasa la generasi muda. http://matcuoi.com


Nota: Terima Kepada Tuan Gambar dan Group Republik of AnakPerlis





Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

02 August 2013

Ayam Pansuh


Ha tau ka apa ayam pansuh ni? alaa ayam yang masak dalam buluh tu. Macam lemang, tapi lemang tu pulut, pansuh ini ayam. Selalunya ayam pansuh ni ada kat Sarawak, kat Perlis ni la kedai pertama aku rasa yang jual ayam pansuh. Aku dapat tau pasal ayam pansuh ni dari Group Facebook "Republic of Anak Perlis (RoAP). Depa dok layuq makanan kat kita bulan-bulan posa ni, awat tak terliuq


Aku pun, dengan rasa ingin cuba, maka pi la cari di lokasi yang dinyatakan. Tak jauh sangat dari rumah aku. Kedai ni kat Behor Temak. Kalau dari Seriab, terus ja sampai jumpa trafic light selepas fly over. Dah jumpa, pastu, buat U-turn kat trafic light tu. Kedai ni belah kanan. Nama kedai ni "Steamboat and Sizzling



Ni la rupa ayam pansuh tu, ni aku dah keluarkan dari buluh dia dah. Banyak jugak la ayam dalam buluh tu. Kuah tu 100% air ayam tu sendiri, kira macam stok ayam asli punya. Dalam tu ada pucuk ubi. Rasa ayam pansuh ni masin-masin sikit. Yang penting bau wangi buluh dengan serai. Fuuhh... terbaik. Ayam ni sangat lembut, walaupun kat bahagian isi (dada). Aku yang tak berapa nak makan bahagian dada pun tetiba boleh makan. Ha nampak dak kelembutan ayam ni. Makcik ni habeh dia buang segala lemak-lemak dan kulit ayam tu (jarang nak jumpa kedai yang buang kulit ayam). Mula-mula aku pi tengok tak da orang, Syok ar ingat kita paling awai, pi tanya tengok makcik kedai kata 

Ada booking dak? 

http://matcuoi.com Tudia sampai tara tu la dia punya laku. Kena booking dulu. Aku pun booking la. Nak cuba punya pasai kan. Rugi la kalau tak cuba. Dah alang-alang ada jual kat Perlis. Nak pi Sarawak memang lambat sikit la nak sampai nya kan.


  • Menu: Ayam Pansuh
  • Harga: 1 buluh, RM10
  • Lokasi: Steamboat and Sizzling, Behor Temak, Perlis
  • Rate: 4/5
  • Komen: Terbaik.



Nota Kaki: Menu steamboat and Sizzling ni aku tak pernah cuba la lagi. Nanti bila free kita try sizzling pulak no.

Pesanan: Tak dak feel la kalau ceta pasai perlis guna bahasa baku. hehehe... Faham kot no bahasa Perlis. http://matcuoi.com



Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

27 July 2013

Resipi | Puding Caremel


Berbuka semalam aku buat Puding Caremel. Ni pon gara-gara kemas almari jumpa buku resipi mak.  Tiba-tiba jadi teringin nak buat. Alang-alang aku dah jumpa resipi kan, aku pon nak abadikan resipi ni dalam ruangan ni. Senang bila-bila nak, petik je dapat. hahaha.. Kawan-kawan pon boleh cuba ye dak. Resipi ni supper dupper senang. Ok jom tengok bahan-bahan dia dulu


Bahan-bahan:
  • Biskut 10 keping
  • Telur 5 biji
  • Susu cair satu tin
  • Gula satu cawan

Cara-cara:
  • Rendam 10 keping biskut dalam 1 tin susu cair

  • Dah agak kembang, bland smua bahan dengan 1/2 gula. (1/2 gula lagi buat gula hangus)
  • Dah siap bland, buat gula hangus, sambil tu panaskan dulu pengukus.

  • Gula hangus ni, jangan masak lama sangat, nanti kang pahit, masak dengan api perlahan, sampai warna jadi perang.
  • Dah sejuk, tuang bahan-bahan yang di bland tadi atas gula hangus ni.
  • Kukus dalam 30 minit. (kalau tak masak, kukus lagi. hehe)

Dah siap... Tadaaaaaaa...... ni la hasil nya. Oh lupa nak cakap, masa kukus aku tutup loyang dengan aluminium foil, tak nak timpa wap.








Selamat mencuba kawan-kawan. http://matcuoi.com

Pesanan: 1 cawan gula tu agak manis untuk aku.huhu lepas ni nak kurangkan 3/4 cawan je la.. 






Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

26 July 2013

Mitos Tentang Uri


Baru-baru ni wife kepada staf kat tempat praktikal ni bersalin anak sulung. Kebetulan bersalin awal dari jangkaan doktor. Kena pulak suami isteri ini orang luar (bukan orang perlis, merantau). Nak jadi cerita, si suami yang pertama kali jadi ayah ni, dok cari orang nak mintak tolong basuh uri. Ye la dia nak basuh, tak berani.  Kebetulan kakak yang praktikal sekali dengan aku ni offer mak dia. Dia cakap mak dia boleh tolong basuhkan. So, aku yang tak pernah-pernah tengok uri ni. excited la nak menyibuk. http://matcuoi.comhehehe. Aku pon follow la depa dua ni balik umah kakak ni. Aku mintak kat kakak nak tengok uri tu, kakak pon buka la balutan uri tu. Errkkkk buka tak habis lagi, aku dah mula loya dan pening-pening. Darah banyak kot, tu belum masuk bab bau lagi. Sesak gak la hidung neh http://matcuoi.com


Sementara tunggu mak kakak habis basuh uri tu, kami kat luar rumah ni sembang la dengan Tok dan Tok Wan kakak. Uri la jadi hero kami petang tu. Tok kata, orang dulu-dulu :

  • Depa tanam uri letak sekali dengan pensel, buku nak bagi anak-anak pandai.
  • Tanam dengan paku, nak elak anak kena ganggu makluk halus.
  • Kalau anak perempuan, kita tanam kat atas batas (tepi jalan), senang orang masuk minang.
  • Kalau anak laki-laki, kita tanam bawah rumah, tak mau bagi dia selalu merayap (selalu keluar lepak)
Kah kah kah lawak pon ada. Lagi lawak bila kakak dengan spotan balas, "Habis tu Tok, zaman sekarang orang pakai laptop, pehtu kita kena boh laptop la" (nada perli) haha.. Adoiyai, mungkin uri aku tanam jauh dari jalan gamak nya. Ate dah sampai sekarang idok kawen nya. Tu la antara mitos yang aku dengar pasal uri. Mungkin lain negeri, lain pulak mitos nye. hehehe... Tok kata, "orang dulu-dulu la, orang la ni tak buat dah benda-benda lagu (macam) ni".


Ha ni la uri
Sumber Google

Kalau kawan-kawan nak tau lebih lanjut pasai uri. Rajin-rajin la Google. hehe Cara basuh, Cara taman semua ada. Ada kawan-kawan yang ada pengalaman uruskan uri ni tak. Share la. http://matcuoi.com






Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow



21 July 2013

Kambing Golek

Ha selalu kita dengar ayam je yang bergolek kan. Kambing pon dah reti golek dah. Kali ni saja kitorang nak jalan jauh sikit. Sebab kawan En Bulat cakap, kambing golek kat bazar ramadan Canglun sedap. En Bulat   ni kalau dengar bab kambing memang laju la langkah dia ni. Kawan En Bulat habaq,

kena pi awai, kalau tak, jenuh beratur panjang. 

Kitorang pon bertolak la awal dari rumah, dalam pukul 3PM. Perjalanan dari Kangar ke Canglun tu ada la dalam 1 jam. Student UUM dengan Politeknik Pauh mesti dah lali kan dengan pekan Canglun ni. Hehehe... Tepat pukul 4 kitorang pon sampai la kat Bazar Canglun ni dan betul cakap kawan En Bulat, sebab pukul 4 dah Q. Kedai lain baru nak setting tapak niaga, tapi kedai ni dah ada customer dok beratur. Tapi takda la ramai sangat masa ni. Ada la dalam 5-6 orang. Kalau lewat sikit tak tau la nak beratur lama mana. Aku terlupa lak nak ambil gamba masa kambing tu tengah golek. Korang google lak ek http://matcuoi.com

Sumber Google

Ha macam ni la dia golek. Golek sekor-sekor. Tapi kedai akak ni dia balut kambing tu dengan aluminium foil. Menurut akak yang jual ni, dia cakap hari-hari jualan dia habis. Sekali jual dua ekor kambing. Walaweh, orang utara memang suka makan kambing ke? kalau pukul 4 pun orang dah mula beratur, memang tak heran la taip-tiap hari dua ekor kambing licin kan. Akak ni akan potong kecik kambing tu, lepas tu masak dengan sos bbq, dan bungkus dalam bekas. 1 bekas RM10. Selain kambing, akak ni ada jual kebab kambing RM4



Ha ni la rupa kambing golek yang dah siap. Tunggu makan je. 5 bekas kitorang beli. hahah.. Dasar perut tong. Rasa kambing ni. Sangat sedap. Memang tak rugi mai dari jauh. Aku rasa berbaloi. Mak ayah aku pon cakap sedap.

  • Lokasi: Bazar Ramadhan Canglun
  • Menu: Kambing Golek
  • Harga: 1 bekas, RM10
  • Rate: 4/5
  • Komen: Sedap. Puas Hati. Boleh beli lagi. 





Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

19 July 2013

Sayu Hati Bila Dimadukan




Tak usah bicara tentang payung emas,
kerana,
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah..
Tak usah bicara tentang zuriat,
kerana,
Aku bukan Allah.. mudah menyebut kun fa ya kun..
Tak usah bicara tentang setia
Kerana,
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan..
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
kerana,
Aku tahu kau lebih arif tentang itu...
Tak usah berbicara tentang kesempurnaan
kerana
Aku terima kekurangan kau kerana ALLAH..
Tak usah berbicara tentang dia
kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia...
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyi ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan ALLAH..
Kerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan khilafmu yang disengajakan...


 http://matcuoi.com Nukilan seorang isteri yang dimadukan. Sayu nya hati bila baca. Dapat rasakan betapa si isteri tu sangat-sangat kecewa dengan si suami. Bukan nak mengharamkan poligami, tapi biarlah kena dengan cara nya.

  • pesanan penaja:
Nukilan sapa puisi ni, aku tak tau. Just copy and paste saja.



Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

12 June 2013

Blog | Under Construction

Dah Bosan dengan design template yang lama asyik download apa yang orang dah create kan. So, kali ni aku berhajat nak design sendiri template blog aku ni. Bagi cantik sikit. Dan yang paling penting mengikut citarasa aku. hehehe. Aku blaja design template melalui tutorial rakan-rakan bloger yang lain. Korang rasa cantik ke? nak buat juga ek. Kalau korang teringin nak design sendiri dan nak comel-comel kan blog, korang boleh terjah blog mereka ni.


Mereka ni la yang bantu aku, melalui entry tutorial untuk comelkan blog aku ni. Terima Kasih banyak-banyak kepada mereka. Aku just follow tutorial depa ni sebiji-sebiji. Tak da ubah mana-mana pon. Mudahkan http://matcuoi.com Korang yang tak basic IT pon boleh buat. Senang je.

Blog aku ni boleh dikatakan 80% siap. Aku tengah design Header dan Footer. Guna Adobe Photoshop. So amek masa sikit, sebab tengah tak da idea. Tambah tengah busy dengan praktikal.. hehehe... Ok la kawan-kawan pi terjah blog mereka untuk comel kan blog korang. Bye... http://matcuoi.com

Under Construction 

04 June 2013

Bayi Pra Matang

Aku ditugaskan untuk membaiki komputer di NICU. NICU adalah ward kanak-kanak. Sayu hati bila lalu satu bilik yang menempatkan bayi pra matang. Dapat tengok sendiri keadaan bayi yang masih merah, saiz hanyalah sebesar tapak tangan aku ja (anggaran kasar), duduk dalam inkubator.. Baru besar tu, macam-macam dah tiub di badan. Nurse tu cakap, baby yang aku tengok tadi tu kembar. Lahir tak cukup bulan. Kandungan baru 7 bulan dah bersalin. Baby tu sihat, cuma saiz terlalu kecil. Makan, minum berak semua pakai tiub. Allahuakbar. Sedih nya. Kadang-kadang terfikir, budak besar tu dah tau rasa sakit ke? Kesian. Ni la punca utama aku tak mau jadi doktor atau nurse. Tak sanggup tengok penderitaan orang.http://matcuoi.com

Sumber Google


Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

18 April 2013

Pengalaman Bersalin

Eh jangan salah faham. Bukan aku yang bersalin, menyaksi kan pengalaman orang saja. Tajuk kena kasi gempak kan. Gempak ke? Kebetulan semalam, aku ditugaskan ke bilik bersalin. Ada komputer kat situ rosak. So, aku pun pi la dengan harapan tak da ibu-ibu yang akan bersalin. Sampai ja kat bilik bersalin. sangkaan aku meleset. Ada dua ibu yang dalam proses untuk bersalin. Arrgghh tumpuan aku nak selesaikan masalah komputer tu jadi terganggu. Mana tak nya, di temani bunyi yang pada aku lebih seram dari ceta hantu. Menagis, menjerit grrrrr..... seram + takot. Kebetulan ada nurse yang nampak aku tengah setting komputer kat situ tegur

  • Nurse: Adik yang dok perbaiki komputer tu, buat-buat tak dengar na.
  • Aku: ya, ya kak..

Dalam hati, gila kot nak buat-buat tak dengar macam mana. kalau dah dua orang ibu sedang berpadu suara nak meneran. http://matcuoi.com Dengan bau yang agak meloyakan tekak aku neh. Ditambah pula dengan suara nurse yang dok urus ibu-ibu ni.. Salah satu ayat nurse yang susah tok aku lupa.

Eh, jangan teran lagi. Satgi koyak

Gluppp... seram weh... Satu pengalaman yang bagi aku sangat-sangat menyentuh hati. Aku kahwen pon belum, tapi dah dapat merasai sesuatu yang diluar jangkaan aku. Ye la budak IT, dapat pengalaman macam ni kan. Kalau hang nurse memang tak heran la kan nak dapat pengalaman macam ni. Dalam esak tangis ibu-ibu tu, tahu lah aku bahawa bukan mudah nak bersalin. http://matcuoi.comDan part yang paling-paling aku sayu masa tu, bila dengar suara baby. Salah sorang dari ibu tu dah selamat melahirkan. Nurse bersihkan baby sebelah aku je. Dapat la aku tengok keadaan baby yang 'fresh', belum cuci lagi. http://matcuoi.com Lepas dah siap bersih semua, Nurse bagi baby tu kat wakil keluarga untuk di Qamat kan. Nurse tu cakap, ibu ni bersalin anak sulung, tu jerit dia lebih sikit.


Anak sedara - sekadar hiasan -





Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

13 March 2013

Manja Sangat Dia Ni

Sapa yang manja ni? Sapa lagi baby baru lahir ni la. Sebelum ni aku simpan dslr dalam beg je. Lepas tu letak bawah katil. hahaha... Then lama-lama aku terfikir. 

Ok ka kalau simpan macam ni ja

Maka nya, aku pon google la cara penyimpanan dslr yang betul. Kebanykan cakap kena simpan dalam dry box tapi ada juga yang cakap simpan dalam bekas kedap udata kemudian letak silica pon dah boleh. Ikot budget kawan-kawan. Jadi aku pon memilih lah cara yang kedua ni. Iaitu letak dalam bekas kedap udara bersama silica. Macam ni ha

Pandangan Luar

Pandangan Dalam

Aku pun tak betul ke tak cara ni. Hahaha. Tapi menurut kajian aku, ramai juga pengguna dslr yang simpan macam ni. Tapi bekas yang diorang guna lagi besar dari aku. Aku tak suka benda besar-besar, jadi, aku beli la bekas kedap udara yang comel ni. Aku rasa saiz ni ok kot.Oh ya ni ada beberapa tips cara penjagaan dslr bagi memastikan dslr anda bebas fungus.

  • Simpan dalam bekas kering dan tidak terlalu panas
  • Kelaurkan bateri sebelum simpan
  • Jangan simpan dalam tempat gelap (terutama bawah katil)
  • Cuci setiap kali lepas guna.
  • Pastikan tangan bebas dari sebarang produk kecantikan seperti lotion, minyak rambut semasa kendalikan dslr ini.
  • Sekali sekali bawa pi servis.
  • Selalu guna dan biar ia berjemur untuk elak fungus. (bagi kena cahaya matahari) tapi bukan direct. Bawa pi jalan-jalan la senang cakap.

Waa manja bangat deh. Lotion pon tarak buleh ka. Aiya. Untuk maklumat lanjut, boleh la tengok entry akak ni. Dia terang lebih terperinci reenaonline





Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

05 March 2013

Bila Izrail Datang Menjemput

Allahuakbar. Sayu hati bila melihat keluarga itu. Menagis mengiringi mayat si mati. Mungkin ayah atau mungkin ibu atau mungkin juga anak keluarga itu yang meningal dunia. Praktikal di Hospital banyak mengajar aku. Selain dari ilmu komputer. Tak semua orang berpeluang untuk menyaksikan apa yang aku saksi. Takziah untuk keluarga si mati. Al fatihah.

Dari DIA kita datang, Dari DIA jua kita kembali.


  • Tahukah anda Malaikat Izrail perhatikan kita 70 kali sehari.



Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

05 February 2013

Steamboat Terbaik, Perlis

Ha hari tu aku janji kan nak ceta pasai kedai steamboat yang aku cakap best tu kan. Ni untungnya kalau servis baik, makanan sedap, customer akan promote kedai u all.. jadi, utamakan kepuasan pelangan.  Kedai steamboat ni nama dia adinda. memang best. bayaran rm13/seorang makan la sampai puas. tapi kalau makanan yang diambil tu tak habis, sO u all kena baya denda. Ok la kan konsep cegini. xda la membazir. mentang-mentang la leh makan banyak mana je. sO, u all main bedal je semua kan. kedai ni betul-betul kat taman ira. kalau korang dari arah kangar. pergi kat roundabout putra palace 2, ambil jam 12. pastu lepas caltex siket  je ada simpang masuk kiri, dari simpang tu, terus je sampai jumpa kedai. kedai ni belah kiri bertentangan dengan perumahan apa ntah. lupa. hehehe... sebelah kedai ni ada kedai runcit. Kita boleh pilih kuah untuk steamboat tu, samada kuah sup  atau tomyam. aku for sure la kuah tomyam kan. kuah dia pon sedap. ada rasa la. tak da la kosong macam air paip je kan. sesetengah kedai tu, kita sendiri confius, kuah sup ke air paip.



Adinda ni dia jual macam-macam makanan.. bukan steamboat je. so, mana-mana yang x berapa suka menu steamboat ni, boleh la order makanan lain. servis memang tip top. sapa-sapa yang duduk area perlis tu  pi la try.. memang x rugi oo.. Tempat ni ada sotong,ayam,udang,daging, nasi goreng, mee, maggie macam-macam la. pi sendiri la nak tengok.  kadang siput retak seribu pon ada. Ha ni yang buat bertambah best, pasai aku tak makan sangat bebola neh. Tengok, pingan pon ala-ala Soul Garden dh.. hehehe...

04 February 2013

Terima Kasih Kawan

Semperna ulang tahun kelahiran aku baru-baru. Kawan-kawan masa aku sekolah dulu neh ajak keluar makan steamboat kat taman ira. Best kedai ni, nanti aku buat entry pasai kedai ni noh. La ni ceq nak ceta pasai kawan-kawan ceq dulu. Tengah aku dok kusyuk makan, tiba-tiba kawan aku sorang ni, mai dari arah belakang aku siap dengan kek berlilin bagai... fuuhhh.... terharu kot dan yang paling-paling gila best, aku dapat hadiah rama-rama. memang nangis arr wei dapat barang yang memang kita suka kan... http://matcuoi.com sob sob sob.. Terima kasih kawan-kawan kerana meraikan diri yang serba kekurangan ni. Ha nak tengok hadiah aku ka? taraaaa.... ni lah hadiah aku, rama-rama http://matcuoi.com yeaahh suka nya...



Comel ok rama-rama ni. dalam dia ada biji-biji polystyrene. Lembut.. best main picit-picit. tQ kawan-kawan. (Aina,fifi, faiz) 

29 January 2013

Ada Apa Dengan Usia?



  • 29.01.2013
Genap la usia aku 24 tahun. Alhamdulillahhttp://matcuoi.com Birthday aku yang ke 24 ni aku dapat hadiah yang gila-gila ohsem. hahaha confirm ada yang jeles. Aci kerat jari ar. bangga siot. bebel je hadiah nya tak juga bagi tau. Jap-jap nak bagi tau la ni.

Ha aku dapat ini..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Nikon D3200, 55-105. http://matcuoi.com


Sila la jeles. hahah... Nikon D3200 ni ada dua jenis lens 55-88 dengan 55-105, beza sikit ja dua lens ni. Aku pilih lens 55-105. sebab masa aku study dulu, lecturer aku cakap, nak pilih lens pilih la number belah kanan banyak. So aku pon pilih la yang ni. hahaha... Thanks ayah... aku memang dah lama nak DSLR ni tapi bila memandangkan harga dan kebizian aku neh. jadi, aku biarkan macam tu je la hasrat neh (baru niat nak pau bakal suami, minta hadiah ni buat hantaran).Masa ayah aku ajak pi kedai camera aku blur ja, masa tu  dalam fikiran maybe ayah nak tanggap gamba, sekali masuk dalam tu, Ayah cakap 
Pilih la DSLR mana kamo nak.
http://matcuoi.com Perasaan aku? gila weh tak suka.. camera idaman kot. terloncat-loncat kegirangan dowh.. Tak saba nak snap-snap pakai pakwe aku neh. hahaha 

Mesti korang jeles kn? http://matcuoi.com nanti aku letak hasil tangan aku dalam blog ni ek :-p