24 September 2010

Istimewanya Seorang Wanita.


Wanita masa kecil, ibu bapa jaga, berkahwin, suami jaga. Punya lah ALLAH sayang hinggakan tak benarkan wanita hidup bersendirian. Betapa istimewanya wanita kan. Ok kat bawah ni, senarai keistimewaan wanita, jom baca sama-sama.

  • Istimewanya wanita, Doanya itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

  • Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

  • Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

  • Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  • Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

  • Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Ha... istimewakan wanita. Untung sesiapa yang dilahirkan sebagai wanita... Alhamdulillah...

20 September 2010

7 Perkara Ganjil

Hurm hari ni nak buat entry tazkirah la pulak. Boleh juga la buat pangajaran hidup ye dak. Tazkirah hari ini berkaitan 7 perkara ganjil yang pernah dilalui oleh seorang penggali kubur.Cerita ini aku ambil dari facebook. Ntah sapa yang share ntah. Aku rasa kisah ni menarik, jadi aku nak abadikan dalam ruangan ni. 



Kisah ini bermula dengan seorang pemuda yang bekerja sebagai penggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Segala aktiviti pemuda ini berubah setelah beliau berjumpa dengan seorang ahli ibadah. Beliau menyampaikan keinginan untuk bertaubat kepada ALLAH dan telah menceritakan 7 perkara ganjil yang pernah beliau lihat kepada ahli ibadah tersebut. Jom kita baca sama-sama apa perkara ganjil yang pemuda ini lihat dan ceritakan kepada ahli ibadah tersebut. Berikut adalah perbualan antara pemuda tersebut dengan orang alim ulama.

  • Pemuda: "aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
  • Alim Ulama: "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

  • Pemuda: "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
  • Alim Ulama: "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


  • Pemuda: "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
  • Alim Ulama:  "Mereka itu adalah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu.


Pemuda itu terus menceritakan pengalaman aneh beliau kepada Alim Ulama tersebut.


  • Pemuda: Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
  • Alim Ulama: "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

  • Pemuda: "Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
  • Alim Ulama: "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
  • Pemuda: Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
  • Alim Ulama: "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

  • Pemuda: Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
  • Alim Ulama: "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.


Begitu lah 7 perkara ganjil yang diceritakan oleh seorang pemuda kepada Alim Ulama. Dan alim ulama tersebut menjelaskan sebab-sebab mengapa mayat-mayat tersebut jadi macam tu. Semoga kita semua terpilihara dari keenam-enam perkara yang pemuda tersebut nyata kan. Jaga iman kita kawan-kawan. In sha ALLAH berkat hidup dunia akhirat.


Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khatimah. Aminnn..




19 September 2010

bus M_Y_ _ _G S_ R_ terbaikkk


Entry kali ni aku nak cerita pengalaman pertama aku naik bus dari Perlis ke Batu Pahat. Sebab pa nak cerita? sebab suka hati ku lah... hahaha sebab nya ada kisah disebalik pengalaman yang ingin aku abadikan dalam diari online ni. Alhamdulillah tepat jam 9.00 am sampai la aku di bumi Batu Pahat. Perjalanann dari Perlis ke Batu Pahat mengambil masa kira-kira 12 ke 13 jam lama nya. Haa bertolak gelap, cerah baru sampai destinasi. Kebab muntot ok.

Kali nak buat entry berunsur komplain la sikit kat syarikat bus ni. Bus M_ _ _ _ S_ _ _ ni lah yang bertanggungjawab untuk bawa aku dan kawan-kawan ke bumi Batu Pahat dengan selamat nya. Malang nya ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Bus yang akan bawa kami ke Batu Pahat yang mengambil masa selama 13 jam tu adalah bus yang teruk. Pada aku sangat-sangat teruk. Untuk perjalanan yang jauh dan lama ni sangat lah x sesuai. Sepanjang-panjang perjalanan tu, aku rasa macam naik unta, bukan bus lagi dah. bergoyang nya aii, sakan. dah tu berbunyi macam body nak terpisah dari tayar ja. Dah la kena tipu satu hal. Charge kitorang harga tiket ke JB, walhal Batu Pahat tu tak sampai JB pun lagi. Uh memang tak berkat bisnes kalau dia menipu. Masa tu first time la naik bus dari Perlis ke Batu Pahat, so rate harga tu tak tau sangat.

Nak ditambahkan perisa lagi, ada pulak sorang penumpang ni muntah dalam bus. MasyaALLAH.. bau xpayah cakap la kan. Sampai aku pon nak join dia sama. Mujur la aku ni jenis tak boleh pisah dengan Vicks, Vicks la hero aku malam tu. Boleh juga la buat cover loya dan bau-bau tu kan. Mungkin penumpang tu tak tahan dengan keadaan bus yang terhuyung hanyang macam tu kot. Kesian dia. Untuk pengetahuan semua, driver bus tu tak berhenti pon masa ada penumpang ni muntah. Buat tak reti ja, walhal budak tu dah pegi sebelah seat driver kat pintu keluar dah pon. kejam kan. Dah la seat bus ni keras, sempit pulak tu. tak ada ruang tempat letak kaki. Lenguh ok 13 jam, bukan 3 jam. Syarikat bus express sila ambil perhatian. Utamakan keselesaan pengguna, terutama bagi pengguna yang jauh macam aku ni. Memang bus ni la yang pertama dan terakhir kali nya akan aku naik. serik!

Nanti tak habis bebel lagi ni. Ada lagi ni. Nak dijadikan cerita econ bus pulak rosak. Alahai. dugaan nya. Tapi masa tu macam dah nak sampai. Tak lama lepas tu, bus pulak rosak. Mujur masa tu dah exit Yong Peng dekat dah la dengan Parit Raja. yang paling aku tak puas hati sangat-sangat masa rosak tu, dengan tanpa rasa bersalahnya, driver bus tu cakap
Ok bus kita rosak, boleh lah talifon sedara-mara atau kawan-kawan datanga ambil kamu. Kita  sekarang berada di Tongkah Pecah. Batu Pahat dengan Tongkah pecah dah tak jauh
Sakit je hati dengar kan.. At least cakap la SORRY!. Memang last aku guna service bus ni...



01 September 2010

Bijak Matematik, Lemah Bahasa Inggeris

Penah dengar tak orang cakap

  • Kalau budak tu pandai mate, mesti BI dia lemah.
  • Kalau pandai BI, mesti mate lemah
  • Kalau pandai dua-dua, maka budak tu kategori budak pandai.

Dulu masa aku sekolah, selalu la dengar ayat ni. Tapi memang betol pon. sebab, dulu masa aku sekolah. Ada la kawan kepada kawan aku ni, kenal masa kat tempat tution. BI dia ok. Tapi mai subjek mate, agak kurang menyerlah. Mate Moden pon boleh score 6C je.. Add Math tak payah cakap la kan. Tapi BI dia A. Yang sorang ni pulak, mate menyerlah, BI pulak kurang. Add math saja dah score A, tapi BI dia 8E.

Agak-agak korang ek, apa faktor jadi macam ni ek. Memang susah ke nak seimbangkan dua-dua subjek ni. Kalau tanya aku, aku sendiri pon kategori yang pertama neh. Hahaha.. Aku tak leh score BI, sebab memang dari kecik aku tak minat BI. Bahasa penjejah. (kemain kecik-kecik dah pandai jajah tak jajah) Buat pa nak belaja. Ha amek kau, bila dah besar macam ni, baru tau. Penjejah tak penjajah. Penting nya BI ni, dah mengalahkan BM dah sekarang ni. Menyesal tak sudah aku. Sebab boikot bahasa penjajah dulu.http://matcuoi.com