13 March 2013

Manja Sangat Dia Ni

Sapa yang manja ni? Sapa lagi baby baru lahir ni la. Sebelum ni aku simpan dslr dalam beg je. Lepas tu letak bawah katil. hahaha... Then lama-lama aku terfikir. 

Ok ka kalau simpan macam ni ja

Maka nya, aku pon google la cara penyimpanan dslr yang betul. Kebanykan cakap kena simpan dalam dry box tapi ada juga yang cakap simpan dalam bekas kedap udata kemudian letak silica pon dah boleh. Ikot budget kawan-kawan. Jadi aku pon memilih lah cara yang kedua ni. Iaitu letak dalam bekas kedap udara bersama silica. Macam ni ha

Pandangan Luar

Pandangan Dalam

Aku pun tak betul ke tak cara ni. Hahaha. Tapi menurut kajian aku, ramai juga pengguna dslr yang simpan macam ni. Tapi bekas yang diorang guna lagi besar dari aku. Aku tak suka benda besar-besar, jadi, aku beli la bekas kedap udara yang comel ni. Aku rasa saiz ni ok kot.Oh ya ni ada beberapa tips cara penjagaan dslr bagi memastikan dslr anda bebas fungus.

  • Simpan dalam bekas kering dan tidak terlalu panas
  • Kelaurkan bateri sebelum simpan
  • Jangan simpan dalam tempat gelap (terutama bawah katil)
  • Cuci setiap kali lepas guna.
  • Pastikan tangan bebas dari sebarang produk kecantikan seperti lotion, minyak rambut semasa kendalikan dslr ini.
  • Sekali sekali bawa pi servis.
  • Selalu guna dan biar ia berjemur untuk elak fungus. (bagi kena cahaya matahari) tapi bukan direct. Bawa pi jalan-jalan la senang cakap.

Waa manja bangat deh. Lotion pon tarak buleh ka. Aiya. Untuk maklumat lanjut, boleh la tengok entry akak ni. Dia terang lebih terperinci reenaonline





Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

05 March 2013

Bila Izrail Datang Menjemput

Allahuakbar. Sayu hati bila melihat keluarga itu. Menagis mengiringi mayat si mati. Mungkin ayah atau mungkin ibu atau mungkin juga anak keluarga itu yang meningal dunia. Praktikal di Hospital banyak mengajar aku. Selain dari ilmu komputer. Tak semua orang berpeluang untuk menyaksikan apa yang aku saksi. Takziah untuk keluarga si mati. Al fatihah.

Dari DIA kita datang, Dari DIA jua kita kembali.


  • Tahukah anda Malaikat Izrail perhatikan kita 70 kali sehari.



Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow