04 August 2013

Adan Atau Celong

Ha kawan-kawan pernah dengar tak perkataan kat atas tu? Mungkin golongan veteran pernah dengar kot, tambah-tambah veteran kat Perlis ni. Cuba angkat tangan berapa ramai pembaca blog ni orang Perlis? hahaha... Ok tak mau bebel panjang dah. Nak tau ke apa tu Adan? Jom tengok gamba dulu


Adan atau Celong

Ha ni la Adan atau Celong. Ada yang penah tengok tak? aku first time tengok benda alah ni. Gamba ni aku ambil dalam Group FB "Republik of AnakPerlis". Memang rare la Adan ni. hahaha... Adan ni sebenarnya ala-ala walker. Mak-mak zaman dulu letak anak depa dalam ni, senang nak buat keja. Budak tu duduk diam-diam kat situ, tak dak la nak kacau mak dia buat keja. Kalau walker sekarang, jenuh kepong gak la. Bergerak merata. Zaman moden ni walker ada roda dan bermacam-macam bentuk. Walker zaman dulu tak ada roda. 

Eh tapi boleh ka Adan ni disama ertikan dengan walker? aku pon tak pasti, tapi menurut sumber, adan ni guna untuk nak bagi anak-anak duduk diam. Konsep lebih kurang walker la kn. Cuma di moden kan sikit ja. Tambah roda. Ntah-ntah mat salleh tu dapat idea dari benda alah ni pa. Tambah roda dah jadi inovatif. hahaha teka je la. Menurut tuan gambar, Adan ni dah berusia 34 tahun dan masih boleh digunakan. Walaweh.. Antik tu.

Dekat Perlis benda ni di panggil Adan atau Celong (ikot kawasan) kat tempat korang panggil apa? ke sama macam aku jugak, first time tengok. Perkataan Adan dan celong pon first time aku dengar. Tu tara lahir kat Perlis. Biasa la generasi muda. http://matcuoi.com


Nota: Terima Kepada Tuan Gambar dan Group Republik of AnakPerlis





Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

02 August 2013

Ayam Pansuh


Ha tau ka apa ayam pansuh ni? alaa ayam yang masak dalam buluh tu. Macam lemang, tapi lemang tu pulut, pansuh ini ayam. Selalunya ayam pansuh ni ada kat Sarawak, kat Perlis ni la kedai pertama aku rasa yang jual ayam pansuh. Aku dapat tau pasal ayam pansuh ni dari Group Facebook "Republic of Anak Perlis (RoAP). Depa dok layuq makanan kat kita bulan-bulan posa ni, awat tak terliuq


Aku pun, dengan rasa ingin cuba, maka pi la cari di lokasi yang dinyatakan. Tak jauh sangat dari rumah aku. Kedai ni kat Behor Temak. Kalau dari Seriab, terus ja sampai jumpa trafic light selepas fly over. Dah jumpa, pastu, buat U-turn kat trafic light tu. Kedai ni belah kanan. Nama kedai ni "Steamboat and Sizzling



Ni la rupa ayam pansuh tu, ni aku dah keluarkan dari buluh dia dah. Banyak jugak la ayam dalam buluh tu. Kuah tu 100% air ayam tu sendiri, kira macam stok ayam asli punya. Dalam tu ada pucuk ubi. Rasa ayam pansuh ni masin-masin sikit. Yang penting bau wangi buluh dengan serai. Fuuhh... terbaik. Ayam ni sangat lembut, walaupun kat bahagian isi (dada). Aku yang tak berapa nak makan bahagian dada pun tetiba boleh makan. Ha nampak dak kelembutan ayam ni. Makcik ni habeh dia buang segala lemak-lemak dan kulit ayam tu (jarang nak jumpa kedai yang buang kulit ayam). Mula-mula aku pi tengok tak da orang, Syok ar ingat kita paling awai, pi tanya tengok makcik kedai kata 

Ada booking dak? 

http://matcuoi.com Tudia sampai tara tu la dia punya laku. Kena booking dulu. Aku pun booking la. Nak cuba punya pasai kan. Rugi la kalau tak cuba. Dah alang-alang ada jual kat Perlis. Nak pi Sarawak memang lambat sikit la nak sampai nya kan.


  • Menu: Ayam Pansuh
  • Harga: 1 buluh, RM10
  • Lokasi: Steamboat and Sizzling, Behor Temak, Perlis
  • Rate: 4/5
  • Komen: Terbaik.



Nota Kaki: Menu steamboat and Sizzling ni aku tak pernah cuba la lagi. Nanti bila free kita try sizzling pulak no.

Pesanan: Tak dak feel la kalau ceta pasai perlis guna bahasa baku. hehehe... Faham kot no bahasa Perlis. http://matcuoi.com



Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow

27 July 2013

Resipi | Puding Caremel


Berbuka semalam aku buat Puding Caremel. Ni pon gara-gara kemas almari jumpa buku resipi mak.  Tiba-tiba jadi teringin nak buat. Alang-alang aku dah jumpa resipi kan, aku pon nak abadikan resipi ni dalam ruangan ni. Senang bila-bila nak, petik je dapat. hahaha.. Kawan-kawan pon boleh cuba ye dak. Resipi ni supper dupper senang. Ok jom tengok bahan-bahan dia dulu


Bahan-bahan:
  • Biskut 10 keping
  • Telur 5 biji
  • Susu cair satu tin
  • Gula satu cawan

Cara-cara:
  • Rendam 10 keping biskut dalam 1 tin susu cair

  • Dah agak kembang, bland smua bahan dengan 1/2 gula. (1/2 gula lagi buat gula hangus)
  • Dah siap bland, buat gula hangus, sambil tu panaskan dulu pengukus.

  • Gula hangus ni, jangan masak lama sangat, nanti kang pahit, masak dengan api perlahan, sampai warna jadi perang.
  • Dah sejuk, tuang bahan-bahan yang di bland tadi atas gula hangus ni.
  • Kukus dalam 30 minit. (kalau tak masak, kukus lagi. hehe)

Dah siap... Tadaaaaaaa...... ni la hasil nya. Oh lupa nak cakap, masa kukus aku tutup loyang dengan aluminium foil, tak nak timpa wap.








Selamat mencuba kawan-kawan. http://matcuoi.com

Pesanan: 1 cawan gula tu agak manis untuk aku.huhu lepas ni nak kurangkan 3/4 cawan je la.. 






Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow