25 June 2010

Entry Pertama

Setelah sekian lama menjadi silent reader, akhirnya (akibat tak tahan godaan) aku berjaya juga mewujudkan blog.. yeaaahhhhh...yeaaahhhh...o(≧o≦)o suka2..... Blog ini aku wujudkan untuk menceritakan tentang:-
  • diri aku
  • diri aku
  • diri aku
ya, blog ini 100% tentang diri aku. Segala bentuk suka, duka, perit getir yang aku lalui sepanjang bergelar khalifah akan aku coretkan ke dalam blog ini. Mana pengalaman yang berguna tu, boleh lah dijadikan iktibar agar tidak melakukan kesilapan yang sama... Aku ni suka sangat tengok drama melayu. Bila ada drama melayu part hilang ingatan tu mula la aku gelabah dan terfikir macam ni
macam mana kalau suatu hari nanti ditakdirkan aku hilang ingatan (nauzubillah), siapalah agaknya yang akan cuba pulihkan ingatan aku dan macam mana cara dia nak pulihkan ingatan aku neh.
 Maka nya, itu juga menjadi punca mengapa dan kenapa aku berblogging. Nak abadikan kisah hidup dalam diary online la konon nya. hehehe.... Ye la.. memori manusia ni, kan singkat ajo (aku je la kot), jadi apa salahnya aku nak frame kan kisah-kisah aku dalam blog aku ni.... kepada yang berminat nak baca kisah hidup aku boleh la follow dan teruskan membaca... bagi yang tidak berminat, sila lah tekan button pangkah..

Last but not least, aku nak ucap jutaan terima kasih kat dua orang kawan aku ni 
kerana apa? kerana mereka berdua ni la yang berjaya menaikan semangat aku untuk create blog ni. Sebelum ni aku memang dah pasang niat nak ada blog, tapi macam ragu-ragu. jadi mereka berdua ini lah yang membuatkan supaya aku tiada keraguan lagi... Alhamdulillah..penyakit was-was dah pulih. sapa-sapa yang rasa nak berkenalan dengan otai aku ni boleh la melawat page mereka.. 

Kalau suka, jangan malu-malu nak follow :) Terima kasih daun keladi, lain kali datang lah lagi