Tak usah bicara tentang payung emas,
kerana,
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah..
Tak usah bicara tentang zuriat,
kerana,
Aku bukan Allah.. mudah menyebut kun fa ya kun..
Tak usah bicara tentang setia
Kerana,
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan..
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
kerana,
Aku tahu kau lebih arif tentang itu...
Tak usah berbicara tentang kesempurnaan
kerana
Aku terima kekurangan kau kerana ALLAH..
Tak usah berbicara tentang dia
kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia...
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyi ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan ALLAH..
Kerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan khilafmu yang disengajakan...

- pesanan penaja:
Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow
No comments:
Post a Comment