18 April 2013

Pengalaman Bersalin

Eh jangan salah faham. Bukan aku yang bersalin, menyaksi kan pengalaman orang saja. Tajuk kena kasi gempak kan. Gempak ke? Kebetulan semalam, aku ditugaskan ke bilik bersalin. Ada komputer kat situ rosak. So, aku pun pi la dengan harapan tak da ibu-ibu yang akan bersalin. Sampai ja kat bilik bersalin. sangkaan aku meleset. Ada dua ibu yang dalam proses untuk bersalin. Arrgghh tumpuan aku nak selesaikan masalah komputer tu jadi terganggu. Mana tak nya, di temani bunyi yang pada aku lebih seram dari ceta hantu. Menagis, menjerit grrrrr..... seram + takot. Kebetulan ada nurse yang nampak aku tengah setting komputer kat situ tegur

  • Nurse: Adik yang dok perbaiki komputer tu, buat-buat tak dengar na.
  • Aku: ya, ya kak..

Dalam hati, gila kot nak buat-buat tak dengar macam mana. kalau dah dua orang ibu sedang berpadu suara nak meneran. http://matcuoi.com Dengan bau yang agak meloyakan tekak aku neh. Ditambah pula dengan suara nurse yang dok urus ibu-ibu ni.. Salah satu ayat nurse yang susah tok aku lupa.

Eh, jangan teran lagi. Satgi koyak

Gluppp... seram weh... Satu pengalaman yang bagi aku sangat-sangat menyentuh hati. Aku kahwen pon belum, tapi dah dapat merasai sesuatu yang diluar jangkaan aku. Ye la budak IT, dapat pengalaman macam ni kan. Kalau hang nurse memang tak heran la kan nak dapat pengalaman macam ni. Dalam esak tangis ibu-ibu tu, tahu lah aku bahawa bukan mudah nak bersalin. http://matcuoi.comDan part yang paling-paling aku sayu masa tu, bila dengar suara baby. Salah sorang dari ibu tu dah selamat melahirkan. Nurse bersihkan baby sebelah aku je. Dapat la aku tengok keadaan baby yang 'fresh', belum cuci lagi. http://matcuoi.com Lepas dah siap bersih semua, Nurse bagi baby tu kat wakil keluarga untuk di Qamat kan. Nurse tu cakap, ibu ni bersalin anak sulung, tu jerit dia lebih sikit.


Anak sedara - sekadar hiasan -





Kalau suka, Jangan Malu-malu nak Follow