29 July 2011

Tak Minat Khairul Fahmi Che Mat aka Apek

Waa tajuk, marah peminat-peminat Apek ni taw. Hahaha... Mesti hangpa semua tau kan sapa Apek ni kan. Aku langsung tak minat dia, di ulangi tak minat langsung. Dah kurus, pastu muka lonjong je. macam ultraman pon ada aku tengok budak ni.hahaha gurauhttp://matcuoi.comOk tu kenyatan aku sebelum aku tengok game En Apek ni. Sebenarnya, sebelum ni aku tak pernah tengok pon game En Apek ni. Ye la, aku ni bukan fanatik sangat pon dengan bola. First time aku tengok dan mula berkenalan dengan Apek masa game Malaysia VS Singapura haritu dan dengan tiba-tiba ja aku jatuh cinta dengan Si Apek ni. Kira cinta pandang pertama la gitu. hahaha.. Tetiba ja malam tu aku nampak dia hensem sangat, dah tak dah muka ultramen lagi dah.. hilang semua nya dah bertukar macam orang jepun dah http://matcuoi.com (kalau kawan aku baca entry ni, sure aku kena gelak, sebab boleh kata hari-hari la dia ceta pasal Apek tapi aku buat tak endah je..hehee. Boleh dikatakan hari-hari gak lak dia view blog cik tunang apek ni) Masa dia dok ceta tu, seyes aku tak tertarik langsung dengan En Apek ni, yang kawan aku neh, penuh semangat dia ceta, yang en apek ni memang hebat gila jadi keeper. Pendek kata susah la bola nak lepas gawang, dia cakap En Apek hensem la, sweet la.. ha macam-macam la. Masa dia sibuk cerita 2.. aku tak kisah sikit pon... ye la tak penah tengok game yang en apek ni main kan... blog cik tunang dia pon aku tak rajin terjah... (penah view la)... TAPI..... pandangan aku terus berbeza lepas aku tengak bola MAS VS SIN haritu... mak ai... memang hebat la en apek ni... Memang apa yang kawan aku cakap tu, diakui benar. Yang paling best, mata en apek ni cekap. Sekejap je dia boleh detect arah bola. Tu uang membuatkan aku kagum http://matcuoi.com dengan beliau.  Memang hebat.. 
Aku rasa kan, mesti Apek suka makan carrot dan main gam kan masa kecik-kecik dulu, sebab tangan dia macam ada gam. Zuup, melekat terus, kemas dan rapi. 
Mungkin sapa-sapa yang berminat nak jadi Keeper, boleh la cuba cara yang aku highlight tu. hahahha..sila jangan percaya NOW.. aku istiharkan yang aku dah mula admire kat Khairul Fahmi Che Mat. Titik. http://matcuoi.com Ada sapa-sapa yang x kenal En Apek ni ke?
Ok.. yang ni mmg aku super duper sukaaa.... ensem gilerrr kOt... ^_^

Sumber gambar : Google





30 May 2011

Hati-hati Pilih Rumah Sewa

Semester depan aku dengan kawan-kawan buat keputusan nak duduk rumah sewa je. Saja la nak try ubah angin. Kitaorang pun, pi la mencari rumah kat Taman Universiti. Cari punya cari maka jumpa la dengan sebuah rumah ni. Mula tu kami tanya abang-abang yang tengah bersukan kat kawasan taman tu, ada tak rumah untuk disewa. Dan abang-abang tu cakap, pi tanya umah akak depan tu. Sewa depa murah sikit. Kami pun dengan tak malu nya, ketuk la umah akak yang abang tadi maksud kan. Kebetulan, akak-akak tu memang final year. Jadi diorang memang mencari penyewa untuk gantikan tempat diorang. Jadi, langkah kanan la kan.

Setelah kami meneliti keadaan rumah tu, kami berpuas hati nak menyewa. Akak tu pun bagi la contact number owner rumah tu untuk runding. Aku pun call la tuan rumah tu. Pot Pet Pot Pet, pakcik tu cakap nak naik kan harga sewa jadi RM400, sebelum ni RM350. Dah la rumah tu kosong, cuma ada katil tanpa tilam. Akak tu cakap, kalau nak beli barang-barang kami pun boleh. Kami jual sekian-sekian harga. Dalam hati aku macam dah malas ja nak sewa. Tapi dalam masa yang sama, kitorang dah confirm dengan pakcik tu yang kami jadi menyewa kat situ. Pastu aku yang rasa kurang sedap hati ni, pi la tanya kawan-kawan lain. Kalau-kalau rumah diorang lagi murah ke kan. Dah tanya semua bagai, sah memang rumah kami mahal. Kawan aku cadangkan supaya kami demand sikit. Mintak pakcik tu sediakan barang-barang keperluan contoh macam TV, mesin basuh, tilam. Rasa macam berbaloi la kan dengan sewa RM400 tu. Ingatkan pakcik ni setuju la kan. Tengok-tengok hampeh dia siap cakap macam ni lagi.

tak pe, korang leh ambil barang-barang yang korang beli kat akak tu, saya nak cari penyewa baru. Lagipun kamu semua tak baya deposit lagi

Sabo je la. Dengan student pon nak berkira. Mungkin pakcik ni tak da anak yang belajar jauh-jauh macam kitorang ni kot. Merantau dari utara ke selatan. hurmm.. Mesti la kami nak sesuatu yang berpatutan dengan harga. Mujur aku dengan kawan-kawan dalam masa yang sama tu apply juga hostel. Last-last asrama juga la yang menjadi pilihan hati.


  • Pesanan Ringkas: Memang la tu rumah pakcik kan, suka hati dia la nak naik ke turun kan sewa ke kan. Sangup baya, tak sanggup cari rumah lain je. Ye tak. Tapi mahai sangat la pakcik oi.



update: Kebetulan rumah yang aku tak jadi sewa ni, di sewa oleh classmate lelaki aku. Depa ceta rumah tu seram, dah banyak kali kena kacau. Dan keadaan rumah tu masa diorang masuk, macam ditinggalkan. Penyewa sebelum (akak tu) langsung tak ambil barang-barang diorang. termasuk la benda kecik. Dan rumah tu sangat tak terurus. Pelik nya. Sebab masa kitorang pi melawat hari tu, rumah tu elok ja. Tak la macam apa yang diceritakan. Akak tu pun macam ok. Mungkin ada hikmah nya kenapa kami tak jadi menyewa. Lega. 

update 2: 'Akak tu' dalam cerita di atas bukan la student final year. Aku nampak dia masih di UTHM. Dan cuba mengelak dari bersemuka dengan aku. Mungkin benar rumah tu ada 'penghuni' lain yang membuatkan akak tu lari meninggalkan rumah macam tu je. Dan mungkin juga cerita classmate aku juga benar. Dan Alhamdulillah, ada hikmah kami tak jadi menyewa. Selepas aku cerita semua yang berlaku kat salah sorang kawan aku, baru la dia cakap yang masa pertama kali masuk umah tu dulu, dia dah rasa 'sesuatu' tapi dia diam kan aja. sebab tak mau rosak kan mood kami yang tengah happy dapat rumah. Alhamdulillah.. Syukur. Doa ibu bapa kami sentiasa mengiringi kami yang jauh dimata.

08 April 2011

Belum Rezeki Aku

Print screen dari Fahrin Ahmad Fan Page (FB)

Ayat tu cakap yang Fahrin Ahmad akan terjah Batu Pahat Mall malam ni. Malam ni weei.. Gila tak suka. Dah lama aku tunggu nak jumpa pakwe aku ni. Ha sekali bila dah dapat peluang, dah semestinya aku tak mau lepas kan. Tapi, tapi malang nya, hasrat aku terpaksa di kuburkan sebab aku ada program anak angkat Program ni merupakan salah satu dari subjek Ko-Kurikulum sekolah. Hurm apa boleh buat. Gigit jari je la. Mungkin kita akan bertemu di lain hari dan waktu. Mungkin la kan. Orang cakap peluang hanya datang sekali. http://matcuoi.com


Sunber Google

Ada sapa-sapa pernah jumpa face to face tak dengan Fahrin Ahmad? Share la dengan aku.





30 March 2011

Tak da Bakat Dalam Design


Part yang aku paling tak minat adalah DESIGN. Tak kisah la guna adobe photoshop, paint ka apa-apa ja yang memerlukan krreativiti. Yang tu semua aku tak suka. Sebab nya aku ni tak kreatif. Dah sain kontrak 3 tahun dengan UTHM, maka mau tak mau, kerja sekolah kena buat juga ye dak. Jadi, keja sekolah pertama aku untuk matapelajaran "Intro To Mulitimedia" adalah buat poster. Oh bunyi macam gampang ja kan. Bagi aku yang tak kreatif langsung. Memang susah nak dapat idea. http://matcuoi.com  Lepas dah puas aku google contoh-contoh poster, maka terhasil lah karya aku. Taraaaaa..................







Errkk sila jangan kutuk. http://matcuoi.com Sekbaik boleh guna teknik cantuman gambar. Kalau tak, sapa pulak yang nak jadi model untuk cover album ceta aku neh. hahahah...





29 March 2011

Bila Dekat Buat Tak Peduli, Bila Jauh Baru Tergedik-gedik



Waaa lama gila kan aku tak membebel. hahaha... Abeh dah blog ni wujud pon sebab aku nak abadikan kisah aku dalam ruang ni, kalau tak da kisah, macam mana nak update, ye tak..  http://matcuoi.com


Apa pasal dengan tajuk ni. Apa yang dekat, apa yang jauh nya ni. Ha ni pasai Universiti Malaysia Perlis (unimap). Kenapa dengan U neh? APa yang menariknya? Ha mai sini aku nak ceta, entry ni bukan pasal pelajar unimap Ok... tapi pasal bus unimap... hehehe... kenapa mesti bus unimap??? sebab nyaaa.....


ha ni la sebab dia.


Aku jumpa bus Unimap kat Johor. Laaa apa yang menarik nya. Kami hari-hari jumpa. Ha tu la hangpa, tak memahami perasaan aku yang merantau jauh di selatan http://matcuoi.com. Dah dekat 3 bulan dah aku tak balik kampung, bila nampak ja bus unimap ni dekat Pari raja, aku rasa sangat-sangat teruja. Tapi, bila aku di kampung tak da nya aku peduli dengan bus ni, kenal pon tak. hahaha lalu sebelah pon aku buat tak peduli ja, tapi, bila jumpa jauh macam ni baru nak ngada-ngada faham dah tajuk aku http://matcuoi.com Mungkin kah tanda-tanda  homesick? Mungkin. Aku macam nak je tumpang bus tu balik Perlis. huhuhu tapi apa kan daya. Aku ada misi yang perlu diselesaikan di sini. http://matcuoi.com