09 August 2010

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM Part 2


Ha... ni sambungan dari cerita haritu. haritu aku ceta pengalaman aku dapat berita sambung study. malas nak bebel lagi dah. boleh klik sini untuk baca balik. yang dah pernah baca dan dok tunggu-tunggu tu, ha jom kita baca sama-sama.

Alkisah bermula disuatu pagi (cewaah)



24/7/10


24 Julai 2010 merupakan tarikh pendaftaran bagi pelajar kes rayuan. hahaha aku masuk UTHM kes rayuan UPU je pon. First time masuk UTHM, fulamak weeii... cantik kot. luas berganda-ganda dari poli aku dulu. tapi tak da pokok. panas teramat panas. hitam la aku pasni

sumber google ja. cantik sebab bendera berkibar sama je kan

Perasaan aku? opkos la nebes, gila ko x neves. sekbaik ada kawan-kawan boleh gak la mengurangkan tahap degupan jantung neh. Mula-mula masuk kena ambil gambar untuk buat kad matrik, tunggu siap, pakai! lepas tu next point. daftar subjek. subjek untuk permulaan ni aku ambil yang ringan-ringan je dulu. baru nak sesuaikan diri la katakan. sebelum ni kat poli lecturer manja kan kami habis-habisan. Aku ambil mandarin untuk bahasa asing dan photographer untuk ko-kurikulum. dan akhir nya sampai la point yang terakhir iaitu asrama. part yang paling aku takot.  sangat x berdikarikan kan... Aku dapat asrama Kolej Kediaman Melewar (KKM). Aku memang dah tau dari awal nak duduk asrama mana, cuma tak tau sapa roomate je. tapi benda ni la yang membuatkan aku takut gila. Dan tiba lah saat yang ditunggu-tunggu, diumumkan bahawa kami berempat satu rumah.. yeaaahhh.. lega aku.. aku,Fila dan Mimie satu bilik, Faten je terpisah bilik lain tapi masih satu rumah. Alhamdulillah. suka sangat.



26/7/10

26 Jualai 2010 merupakan hari pertama aku melangkah ke kelas. takut juga. tapi excited yang lebih. nak tau gak classmate aku hensem-hensem ke tidak.. hehehe..Hari pertama dalam sesi pembelajaran agak blur. sebab orang yang masuk sebelum aku dah khatam 3-4 bab dah. aku masuk lewat sebulan. tapi x pa. kita pelan-pelan ligan la no. Dulu masa kat poli, memang disuap serba serbi tapi bila mai UTHM ni, semua perkara hang kena settle sendiri. dari jadual sampai lah kelas mana.Silap masuk kelas itu adalah perkara biasa bagi aku.. hahaha... (boleh pulak aku silap masuk kelas). hari pertama aku agak tidak terurus. terkejar sana terkejar sini baru nak manage jadual dah la fakulti aku jauh dari Induk. dah satu hal la pulak nak ulang alik dari induk ke fakulti.. naik van buruk pula tu (bukan x bersyukur, cuma facilities tu agak kurang la sikit), kalau dalam van tu melayu je semua tak pa even lelaki, tapi kalo dalam van tu ada hamba Allah ni dari negara sekian... Allahuakbar.. boleh pitam + muntah hijau dibuat nya.

HABIS. Ini saja lah pengalaman yang dapat di kongsikan bersama.

Kalau Suka, Jangan malu-malu nak Follow. Terima Kasih daun keladi, lain kali datang lah lagi

06 August 2010

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM Part 1

Ha, nama penuh aku kasi. Ok sebenarnya ini la tempat dimana aku sedang menimba ilmu. Aku sedang meninmba ilmu di 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat Johor dalam jurusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. 
Jauh tak aku merantau cari ilmu? haaa... jangan tak tau, dari utagha ceq mai dengan harapan akan bawa balik segulung ijazah untuk mak ayah ceq. Jauh oo utagha ke selatan. Aku dijadualkan untuk timba ilmu kat sini selama 3 tahun setengah..lama tu wei..dan menikah dulu pa.. gatai . Errkk nak start dari mana ek.. Kita start dari mula-mula la noh..(mula feel nak cakap utagha.. hehehe)

21/7/2010

Tepat jam 12.00 pm pada tarikh 21 Julai 2010, keputusan UPU pon keluar dengan rasmi nya dan dengan sepantas kilat aku check result UPU, excited habaq hang nak tau boleh sambung mana. Maka dengan penuh terbit dan sopan aku check result aku dan akhirnya.... 
TAHNIAH. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya ditawarkan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.
Glupppp... dalam masa yang sama satu keluhan besar terlepas. Mak ai jauh nya.. Johor tu.. apa pun syukur Alhamdulillah akhirnya cita-cita aku untuk sambung ijazah dimakbulkan..amennn...Mula-mula tu, fikir panjang juga lak nak terima atau tak. ye la jauh kot Johor tu. Tapi bila dah risik kawan-kawan seangkatan ada 3 orang kawan aku yang dapat futher tempat yang sama dan yang paling penting course pon sama ok.. hahaha.. suka I tau. Sorang kawan aku dari sekolah menengah (mimie) dan dua lagi classmate aku masa kat Poli (Fila dan Faten). Alhamdulillah, jodoh kami panjang untuk sama-sama timba ilmu di bumi Johor pula.

23/7/2010

Pada tarikh 23 Julai 2010 aku pun berangkat lah ke bumi yang asing bagi aku. dengan perasan masa tu bercampur baur. sedih ada, suka ada. ye la 1st time kan berjauhan dengan family  (sebelum ini study kat Poli Perlis) dalam masa yang sama, suka sebab dapat sambung study. Aku gerak konvoi dengan faten dan mimie, fila tumpang aku. jadi kami ke bumi johor dengan 3 biji kereta. off course la i teruja u. x penah-penah i konvoi.. hehehe.... tapi idak le dalam erti kata konvoi yang sebenar.. Lebih kurang pukul 5.30 pm kami pon sampai di bandar Batu Pahat. Family aku memilih untuk bermalam di Homestay saja. (maaf la ye, gambo dan detail Homestay tak dapat nak publish sebab xdo). Esok pepagi buto dah nak gerak ke UTHM untuk sesi pendaftaran.

Pasai sesi daftar aku sambung next entry la noh. penat menaip.

Kalau suka, Jangan malu-malu nak follow :) Terima Kasih daun keladi, nanti datang lah lagi