11 October 2010

Berlibur Di Singapura

9.10.2010 Happy Birthday to Mimie. yeaaahhh dia dah cukup 21 tahun. Dan kitorang dah sepakat untuk bawa Mimie jejalan ke Singapura bersemperna dengan hari kelahiran beliau. Cewah ayat, macam karang karangan BM dah. Ha amacam best tak hadiah yang aku, Fila dan Faten bagi kat Mimie? Gila tak best kan. Tapi bukan kami bertiga la yang sponsor. haha pi dengan duit FaMa (Father Mother) masing-masing la  Sebenarnya, kami pi rombongan ke Singapura. Dah kata study Johor kan, harus la berjalan ke Singapura. Rugi weeii bila lagi nak merasa. Kami dijadualkan bertolak dari UTHM jam 7.00 am, makanya subuh-subuh lagi aku dengan kawan-kawan bangun dah bersiap sedia. Tepat pukul 7 akan ada sebuah kereta akan jemput kitorang dan bawa ke UTHM. Haa kelas tak kitaorang. Awal-awal pagi buta tu mana ada bus free, bus berbaya kitaorang tak nak, jadi nak tak nak pihak penganjur la yang aturkan supaya ada orang yang akan jemput kitaorang ke UTHM. 

Kitorang pi sehari je, tak bermalam pon kat sana. Jauh juga rupanya Parit Raja ke Singapura, mau tiga jam jugak la. Antara tempat-tempat aku pi :-
  • Sea Lion. (Mercu tanda Singapura.)
  • Perkampungan Melayu
  • Sentosa Island
  • Mustafa Street
  • Song Of The Sea

Dekat Singapura ni banyak kawasan yang takda air, aktiviti mencebok amat lah dielakkan oleh aku, even air kecil. Tak sanggup la i nak mencebok guna tisu ja pastu nak makan, solat lagi. Tak yakin aku. Lebih baik elakkan, nasib sehari je kitorang pi. Menurut senior yang manage group rombongan  ni, kat sana susah nak dapat makanan halal, diorang siap pesan bawa bekal. Kitaorang yang bijak pandai ni pun bawa la bekal, roti dengan peanut butter, keropok mister potato. Padahal ada ja. Sebab time lunch kitaorang singgah kat Mustafa Street, makan. Kitaorang juga dimaklumkan yang Singapura takda air. Jadi aku pon spare la bergelen-gelen air kalau ada emergency ke kan. Tapi luak nya sebotol aja. Lenguh bahu aku bawa bergelen-gelen air, dengan makanan lagi, baju spare lagi, kononnya nak salin baju la kat sana kan kalau-kalau berpeluh. Uh tak ada nya, tak sempat langsung nak buat apa. Asyik kena kejan dengan manager ja.Penat aku bawa beg besar-besar.http://matcuoi.com