30 May 2011

Hati-hati Pilih Rumah Sewa

Semester depan aku dengan kawan-kawan buat keputusan nak duduk rumah sewa je. Saja la nak try ubah angin. Kitaorang pun, pi la mencari rumah kat Taman Universiti. Cari punya cari maka jumpa la dengan sebuah rumah ni. Mula tu kami tanya abang-abang yang tengah bersukan kat kawasan taman tu, ada tak rumah untuk disewa. Dan abang-abang tu cakap, pi tanya umah akak depan tu. Sewa depa murah sikit. Kami pun dengan tak malu nya, ketuk la umah akak yang abang tadi maksud kan. Kebetulan, akak-akak tu memang final year. Jadi diorang memang mencari penyewa untuk gantikan tempat diorang. Jadi, langkah kanan la kan.

Setelah kami meneliti keadaan rumah tu, kami berpuas hati nak menyewa. Akak tu pun bagi la contact number owner rumah tu untuk runding. Aku pun call la tuan rumah tu. Pot Pet Pot Pet, pakcik tu cakap nak naik kan harga sewa jadi RM400, sebelum ni RM350. Dah la rumah tu kosong, cuma ada katil tanpa tilam. Akak tu cakap, kalau nak beli barang-barang kami pun boleh. Kami jual sekian-sekian harga. Dalam hati aku macam dah malas ja nak sewa. Tapi dalam masa yang sama, kitorang dah confirm dengan pakcik tu yang kami jadi menyewa kat situ. Pastu aku yang rasa kurang sedap hati ni, pi la tanya kawan-kawan lain. Kalau-kalau rumah diorang lagi murah ke kan. Dah tanya semua bagai, sah memang rumah kami mahal. Kawan aku cadangkan supaya kami demand sikit. Mintak pakcik tu sediakan barang-barang keperluan contoh macam TV, mesin basuh, tilam. Rasa macam berbaloi la kan dengan sewa RM400 tu. Ingatkan pakcik ni setuju la kan. Tengok-tengok hampeh dia siap cakap macam ni lagi.

tak pe, korang leh ambil barang-barang yang korang beli kat akak tu, saya nak cari penyewa baru. Lagipun kamu semua tak baya deposit lagi

Sabo je la. Dengan student pon nak berkira. Mungkin pakcik ni tak da anak yang belajar jauh-jauh macam kitorang ni kot. Merantau dari utara ke selatan. hurmm.. Mesti la kami nak sesuatu yang berpatutan dengan harga. Mujur aku dengan kawan-kawan dalam masa yang sama tu apply juga hostel. Last-last asrama juga la yang menjadi pilihan hati.


  • Pesanan Ringkas: Memang la tu rumah pakcik kan, suka hati dia la nak naik ke turun kan sewa ke kan. Sangup baya, tak sanggup cari rumah lain je. Ye tak. Tapi mahai sangat la pakcik oi.



update: Kebetulan rumah yang aku tak jadi sewa ni, di sewa oleh classmate lelaki aku. Depa ceta rumah tu seram, dah banyak kali kena kacau. Dan keadaan rumah tu masa diorang masuk, macam ditinggalkan. Penyewa sebelum (akak tu) langsung tak ambil barang-barang diorang. termasuk la benda kecik. Dan rumah tu sangat tak terurus. Pelik nya. Sebab masa kitorang pi melawat hari tu, rumah tu elok ja. Tak la macam apa yang diceritakan. Akak tu pun macam ok. Mungkin ada hikmah nya kenapa kami tak jadi menyewa. Lega. 

update 2: 'Akak tu' dalam cerita di atas bukan la student final year. Aku nampak dia masih di UTHM. Dan cuba mengelak dari bersemuka dengan aku. Mungkin benar rumah tu ada 'penghuni' lain yang membuatkan akak tu lari meninggalkan rumah macam tu je. Dan mungkin juga cerita classmate aku juga benar. Dan Alhamdulillah, ada hikmah kami tak jadi menyewa. Selepas aku cerita semua yang berlaku kat salah sorang kawan aku, baru la dia cakap yang masa pertama kali masuk umah tu dulu, dia dah rasa 'sesuatu' tapi dia diam kan aja. sebab tak mau rosak kan mood kami yang tengah happy dapat rumah. Alhamdulillah.. Syukur. Doa ibu bapa kami sentiasa mengiringi kami yang jauh dimata.