31 January 2012

Setiap Yang Berlaku, Ada Hikmah nya



  • Mungkin masih ada yang belum tau kejadian menimpa aku, boleh rujuk SINI
  • Entry ni merupakan sambungan dari entry sebelum ni.


Setelah berjaya sampai ke Perlis dengan selamat, kini tiba la masa untuk hantar kereta ke bengkel. Selalu aku baiki atau servis kereta semua kat Alor Star. Dah biasa dengan apek ni. Uncle ni pot pet pot pet dengan ayah, dia cakap kalau head bengkok lebih kurang 3k juga sebab waja susah cari. Aku tak tau betul ka tak. Tak reti bab-bab ni. Berserah ja.  Check punya check alhamdulillah, lega, cedera sikit ja. Kos tak da la mahal sangat. Uncle tu buat:-

  • Bleeding
  • Tukar hos
  • Ganti Termostart
  • Tukar Radiotor Cap
  • Balancing
  • Aliment
Total: RM 400++



Aku tak tau la mahal ka tak, memang serah bulat-bulat kat uncle ni, in sha ALLAH, jujur uncle ni. Kebetulan sebelum kejadian, aku dan kawan-kawan pi Pantai Pungor. Balik dah malam jalan kiri kanan kepala sawit ja. Sebab terlalu gelap, terlepas lorong yang sepatut nya kami turn right. So, aku pun nak buat U-turn, tah macam mana tanah tu lembik. Tengelam la kereta aku kat situ. Sekbaik ada pakcik lori ni tarik keluar guna lori dia. Dan kebetulan lak, lokasi kejadian tu, betol-betul depan rumah orang, jadi, abang tu la yang handle keta sementara pakcik tu tarik guna lori dari belakang. Nak harapkan aku? memang tak la. Aku tau bawa ja.. hehehe Alhamdulillah, aku ditemukan dengan orang yang baik-baik. Dan disebabkan kejadian jatuh lopak ni la yang membuatkan aliment keta lari. Sebelum pakcik tu sampai, kami dah cuba keluarkan kereta tu sendiri. Paham-paham la cara kami. hehehe..



Apa pon setiap kejadian yang menimpa mengajar aku erti kehidupan. Pasti ada hikmah. Insha ALLAH. Aku yakin. Orang cakap, masa kita susah ni la, senang kita nak kenal hati budi orang. :)




04 January 2012

Promo Drama | Vanilla Coklat.

Ha.. entry kali ni aku nak buat promo untuk cerita yang tengah boooom kat TV3 sekarang ni. Cerita ni dah episode 3, baru la aku berkesempatan nak tengok. Maklmum la budak sekolah yang duduk asrama. biasa la kan.  Aku ni tak berminat sangat dengan drama melayu sebenar nya, asyik cinta,cinta, cinta je memanjang. Bosan. Tapi, tapi beza sangat lepas aku tengok ceta Vanila Coklat ok. Cerita yang berkonsepkan bercinta lepas nikah. Ha cerita macam ni aku minat even novel pon aku akan cari yang konsep dia macam ni. http://matcuoi.com 

Cerita ini mengenai dua sahabat baik yang ingin menjodohkan anak mereka berdua (amir dan zara). Tapi kedua-dua anak depa ni saling membenci antara satu sama lain. Bila depa dua dapat tau yang ayah depa dua plan nak satu kan depa, macam-macam rancangan yang depa buat untuk membatalkan perkahwinan tersebut. Tapi, demi menjaga hati keluarga masing-masing, mereka akur dengan kehendak keluarga. Mereka disatukan. Tapi dengan perjanjian, dimana mereka plan untuk berkahwin hanya selama 6 bulan sahaja. Ha apa yang jadi kepada amir dan zara dalam tempoh 6 bulan tu?. Jadi ke amir dan zara bercerai?. Dugaan apa yang bakal amir dan zara lalui? Nak tau? kalau nak tau, kena la follow drama ni sama-sama dengan aku. http://matcuoi.com setiap selasa jam 9.00 pm hanya di TV3. Selamat Menonton.
.
By the way, aku baru tau yang Amir ni dulu peserta mentor session brapa tak pasti, maybe 5 kot dan dia tu protege kepada Rahim Maarof. Patot macam penah tengok dia sebelum ni. (Budget macam dia kenal aku ja hahaha).