13 November 2010

Ada Ke Yang Tak Reti Mandi Wajib/Junub?

Ada ke antara pembaca semua ni yang tak tahu cara nak mandi junub? Bukan tak tahu tapi tak tahu mandi dengan cara yang betul. ye dak. Ok tak pa, kat sini ada sedikit info cara-cara nak mandi dengan kaedah yang betul. Kawan-kawan jangan buat main-main dengan perkara ni. Nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting. Artikel ni aku copy dari facebook je.. hehehe.... Tapi aku ada edit mengikut kesesuaian pembacaan aku la. Bukan pa, suapaya senang aku nak rujuk nanti.. Harap dapat membantu kawan-kawan yang masih was-was dengan cara mandian mereka k.

Rukun mandi wajib ada 3. Mesti buat ketiga-tiga ni baru sah. Kalau skip salah satu tak sah! ingat tu. Ibadat  kita pon tak sah, kalau mandian kita tak sah. Jangan main redah je ok kawan-kawan. Kena buat dengan cara yang betul.


  • Yang pertama, NIAT.

Niat mandi wajib: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala atau Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.
Niat mandi wajib kerana haid: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.

Niat mandi wajib kerana nifas: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.
Niat-niat ni mengikut sebab-sebab kita mandi wajib. Ada 6 sebab mengapa kita perlu mandi wajib yang 
  • pertama, bersetubuh mengeluarkan mani. 
  • Kedua, bersetubuh tanpa mengeluarkan mani. 
  • Ketiga, mati. 
  • Keempat, haid. 
  • Kelima Nifas dan 
  • Keenam  Wiladah (mandi selepas melahirkan). 
Niat ni kena baca dalam hati dan disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Maksudnya, sambil niat, sambil jirus badan. , Kalau jirus badan dulu, lepas tu baru niat atau niat dulu, pastu baru jirus badan. Dia jatuh tak sah!. mesti kena seiring.

  • Yang kedua hilangkan najis.
Menurut Imam Nawawi, jika ada najis di badan, najis tu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Maksudnya, tengah-tengah mandi nampak kat tapak kaki ada najis, terus bersihkan najis tu. Tak perlu nak belek satu badan kat mana ada najis pastu nak cuci dulu sebelum mandi wajib. Tak perlu. Tapi kalau nak buat pun tak salah. Najis ni termasuk lah kuku, kalau ada najis, wajib cuci dulu. Kuku panjang pun, potong dulu. Dikhuatiri air tak rata kat bahagian jari.


  • Yang terakhir adalah meratakan air ke seluruh anggota badan.

Mestilah meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Zahir ni benda yang kita nampak contoh macam kulit, rambut, bulu-bulu. Bulu-bulu yang dalam hidung tak wajib basuh, tapi kalau ada najis, wajib cuci. Kalau was-was ada najis ke tak ada ke cuci pon tak apa. Tak menjadi kesalahan. 
Yang paling penting, kita tak boleh mandi dalam keadaan mecangkung sahaja atau berdiri sahaja mestilah melakukan dengan kedua-dua cara. 

Maksudnya, mula-mula cangkung, lepas tu berdiri la pulak kan. baru lah air tu boleh rata kat bahagian celah-celah perut korang tu kan. Time ni bagi makcik-makcik yang suka pakai barang kemas (terutama subang dan cincin) banyak-banyak tu, minta buang dulu, segala bentuk objek yang boleh menghalang air kena kawasan tertentu. Mana yang ikat rambut atau sanggul tu, minta lepaskan dulu.

Ha  ni la cara-cara mandi wajib dengan cara yang betul. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, boleh lah membantu mana-mana yang ragu-ragu dengan cara mandi wajib ni. Semoga ibadah kita diterima Allah.. ameen...