Ha.. entry kali ni aku nak buat promo untuk cerita yang tengah boooom kat TV3 sekarang ni. Cerita ni dah episode 3, baru la aku berkesempatan nak tengok. Maklmum la budak sekolah yang duduk asrama. biasa la kan. Aku ni tak berminat sangat dengan drama melayu sebenar nya, asyik cinta,cinta, cinta je memanjang. Bosan. Tapi, tapi beza sangat lepas aku tengok ceta Vanila Coklat ok. Cerita yang berkonsepkan bercinta lepas nikah. Ha cerita macam ni aku minat even novel pon aku akan cari yang konsep dia macam ni.

Cerita ini mengenai dua sahabat baik yang ingin menjodohkan anak mereka berdua (amir dan zara). Tapi kedua-dua anak depa ni saling membenci antara satu sama lain. Bila depa dua dapat tau yang ayah depa dua plan nak satu kan depa, macam-macam rancangan yang depa buat untuk membatalkan perkahwinan tersebut. Tapi, demi menjaga hati keluarga masing-masing, mereka akur dengan kehendak keluarga. Mereka disatukan. Tapi dengan perjanjian, dimana mereka plan untuk berkahwin hanya selama 6 bulan sahaja. Ha apa yang jadi kepada amir dan zara dalam tempoh 6 bulan tu?. Jadi ke amir dan zara bercerai?. Dugaan apa yang bakal amir dan zara lalui? Nak tau? kalau nak tau, kena la follow drama ni sama-sama dengan aku.
setiap selasa jam 9.00 pm hanya di TV3. Selamat Menonton.

.
No comments:
Post a Comment