Waaa lama gila kan aku tak membebel. hahaha... Abeh dah blog ni wujud pon sebab aku nak abadikan kisah aku dalam ruang ni, kalau tak da kisah, macam mana nak update, ye tak..

Apa pasal dengan tajuk ni. Apa yang dekat, apa yang jauh nya ni. Ha ni pasai Universiti Malaysia Perlis (unimap). Kenapa dengan U neh? APa yang menariknya? Ha mai sini aku nak ceta, entry ni bukan pasal pelajar unimap Ok... tapi pasal bus unimap... hehehe... kenapa mesti bus unimap??? sebab nyaaa.....
ha ni la sebab dia.
Aku jumpa bus Unimap kat Johor. Laaa apa yang menarik nya. Kami hari-hari jumpa. Ha tu la hangpa, tak memahami perasaan aku yang merantau jauh di selatan
. Dah dekat 3 bulan dah aku tak balik kampung, bila nampak ja bus unimap ni dekat Pari raja, aku rasa sangat-sangat teruja. Tapi, bila aku di kampung tak da nya aku peduli dengan bus ni, kenal pon tak. hahaha lalu sebelah pon aku buat tak peduli ja, tapi, bila jumpa jauh macam ni baru nak ngada-ngada faham dah tajuk aku
Mungkin kah tanda-tanda homesick? Mungkin. Aku macam nak je tumpang bus tu balik Perlis. huhuhu tapi apa kan daya. Aku ada misi yang perlu diselesaikan di sini. 



No comments:
Post a Comment