Hurm hari ni nak buat entry tazkirah la pulak. Boleh juga la buat pangajaran hidup ye dak. Tazkirah hari ini berkaitan 7 perkara ganjil yang pernah dilalui oleh seorang penggali kubur.Cerita ini aku ambil dari facebook. Ntah sapa yang share ntah. Aku rasa kisah ni menarik, jadi aku nak abadikan dalam ruangan ni.

Kisah ini bermula dengan seorang pemuda yang bekerja sebagai penggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Segala aktiviti pemuda ini berubah setelah beliau berjumpa dengan seorang ahli ibadah. Beliau menyampaikan keinginan untuk bertaubat kepada ALLAH dan telah menceritakan 7 perkara ganjil yang pernah beliau lihat kepada ahli ibadah tersebut. Jom kita baca sama-sama apa perkara ganjil yang pemuda ini lihat dan ceritakan kepada ahli ibadah tersebut. Berikut adalah perbualan antara pemuda tersebut dengan orang alim ulama.
- Pemuda: "aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
- Alim Ulama: "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
- Pemuda: "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
- Alim Ulama: "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
- Pemuda: "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
- Alim Ulama: "Mereka itu adalah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu.
Pemuda itu terus menceritakan pengalaman aneh beliau kepada Alim Ulama tersebut.
- Pemuda: Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
- Alim Ulama: "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
- Pemuda: "Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
- Alim Ulama: "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
- Pemuda: Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
- Alim Ulama: "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
- Pemuda: Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
- Alim Ulama: "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Begitu lah 7 perkara ganjil yang diceritakan oleh seorang pemuda kepada Alim Ulama. Dan alim ulama tersebut menjelaskan sebab-sebab mengapa mayat-mayat tersebut jadi macam tu. Semoga kita semua terpilihara dari keenam-enam perkara yang pemuda tersebut nyata kan. Jaga iman kita kawan-kawan. In sha ALLAH berkat hidup dunia akhirat.
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khatimah. Aminnn..
No comments:
Post a Comment