Ha, nama penuh aku kasi. Ok sebenarnya ini la tempat dimana aku sedang menimba ilmu. Aku sedang meninmba ilmu di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat Johor dalam jurusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat.
Jauh tak aku merantau cari ilmu? haaa... jangan tak tau, dari utagha ceq mai dengan harapan akan bawa balik segulung ijazah untuk mak ayah ceq. Jauh oo utagha ke selatan. Aku dijadualkan untuk timba ilmu kat sini selama 3 tahun setengah..lama tu wei..dan menikah dulu pa.. gatai . Errkk nak start dari mana ek.. Kita start dari mula-mula la noh..(mula feel nak cakap utagha.. hehehe)
21/7/2010
Tepat jam 12.00 pm pada tarikh 21 Julai 2010, keputusan UPU pon keluar dengan rasmi nya dan dengan sepantas kilat aku check result UPU, excited habaq hang nak tau boleh sambung mana. Maka dengan penuh terbit dan sopan aku check result aku dan akhirnya....
TAHNIAH. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah berjaya ditawarkan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.
Glupppp... dalam masa yang sama satu keluhan besar terlepas. Mak ai jauh nya.. Johor tu.. apa pun syukur Alhamdulillah akhirnya cita-cita aku untuk sambung ijazah dimakbulkan..amennn...Mula-mula tu, fikir panjang juga lak nak terima atau tak. ye la jauh kot Johor tu. Tapi bila dah risik kawan-kawan seangkatan ada 3 orang kawan aku yang dapat futher tempat yang sama dan yang paling penting course pon sama ok.. hahaha.. suka I tau. Sorang kawan aku dari sekolah menengah (mimie) dan dua lagi classmate aku masa kat Poli (Fila dan Faten). Alhamdulillah, jodoh kami panjang untuk sama-sama timba ilmu di bumi Johor pula.
23/7/2010
Pada tarikh 23 Julai 2010 aku pun berangkat lah ke bumi yang asing bagi aku. dengan perasan masa tu bercampur baur. sedih ada, suka ada. ye la 1st time kan berjauhan dengan family (sebelum ini study kat Poli Perlis) dalam masa yang sama, suka sebab dapat sambung study. Aku gerak konvoi dengan faten dan mimie, fila tumpang aku. jadi kami ke bumi johor dengan 3 biji kereta. off course la i teruja u. x penah-penah i konvoi.. hehehe.... tapi idak le dalam erti kata konvoi yang sebenar.. Lebih kurang pukul 5.30 pm kami pon sampai di bandar Batu Pahat. Family aku memilih untuk bermalam di Homestay saja. (maaf la ye, gambo dan detail Homestay tak dapat nak publish sebab xdo). Esok pepagi buto dah nak gerak ke UTHM untuk sesi pendaftaran.
Pasai sesi daftar aku sambung next entry la noh. penat menaip.
Kalau suka, Jangan malu-malu nak follow :) Terima Kasih daun keladi, nanti datang lah lagi
No comments:
Post a Comment